Friday, May 27, 2011

How to treat women right

pergh post kali ni bajet macam penulis kolum majalah maskulin je kan. HAHA LoL. takpelah, mungkin ini permulaannya, siapa tau? ;)

kali ni aku nak kongsi cara cara untuk treat wanita dengan betul. eh sorry la tittle je dalam English sebab taktau nak taip dalam bahasa. takkan nak tulis 'cara cara melayan wanita' lain macam je bunyi dia kan huhu.

list ni kena apply kat semua wanita di sekeliling anda. tak kiralah emak ke, kakak ke, adik ke, sepupu ke, classmate, colleague or sesiapa sahaja yang jantinanya perempuan lah.


  1. first and foremost, lelaki haruslah berani dan bertanggungjawab.
    nilai yang paling penting. tak kira lah ketika bersama keluarga atau kawan kawan. berani bila dalam gelap. berani untuk bertanya. berani bila ada binatang yang tak berapa nak liar, muncul secara tiba tiba. ni tak, mintak tisu kat kaunter McD pon malas. bila kelas tiba tiba black out, dia yang menciput keluar dulu. bila keluar lipas dari bawah kerusi, dia yang macam cacing kepanasan berdiri atas kerusi. yang perempuan jugak yang mencari penyapu dan halau lipas tu. aduhhh.
    bertanggungjawab haruslah dalam segala hal. kalau kat kelas contohnya, kalau dah memang awak tu class rep, so awaklah yang kena bertanggungjawab atas segala tugasan sebagai class rep. kalau awak tu abang sulung, awaklah yang kena bertanggungjawab terhadap adik adik. kalau awak tu dah membuntingkan anak dara orang, awaklah yang kena bertanggungjawab menjadi bapanya. enough said. bila awak tak berani atau tak bertanggungjawab, masa inilah perempuan akan keluar ayat 'dia ni takde telur ke?'. lagi lagi bila perempuan lebih berani dan bertanggungjawab dari lelaki. so pathetic.

  2. jangan pernah tinggikan suara
    semua pun sedia maklum bahawasanya perempuan ni sensitif kan. silap cakap, mengalir air mata. perempuan memang macam tu. pulak tu bila lelaki meninggikan suara. aduh. memang menusuk kalbu. bagai halilintar. apetah lagi kalau hubungan tu antara suami dan isteri. bapa dengan anak. kalau suami tinggikan suara sebab rumah bersepah. padahal si isteri bukan duduk goyang kaki. tapi kalau si isteri duduk goyang kaki haruslah sentap.walaupun memang terang dan nyata bahawasanya kita perempuan memang telah melakukan kesilapan, meninggikan suara bukanlah jalan penyelesaian. keadaan boleh juga menjadi bertambah rumit kerana si perempuan akan berkecil hati dan akan mengambil masa untuk meredakan luka di hati. alhamdulillah sepanjang 24 tahun usia ini, ayah takpernah tinggikan suara, apetah lagi kerana perkara remeh temeh.

  3. mesti tahu beza antara lelaki dan perempuan
    lelaki ni sesetengahnya suka hati je kalau bercakap dengan perempuan. memang la konsep dia, semua kawan tu same je tak kesah la lelaki ke perempuan. ye memanglah. kitorang yang perempuan ni tak expect korang layan kitorang macam princess pon. tapi takkan lah dengan perempuan pon korang main sembur je nak cakap apa. kadang tu macam tak agak agak dah. semua perkataan yang ada dalam kamus carutan pon keluar. tak kesah la ape kes sekalipon yang buat korang emo sangat tapi takpayah la nak ikhlas sangat cursing tu. tengok kiri kanan jugak. lelaki tetap lelaki dengan gila bola. perempuan tetap perempuan, memang suka shopping. terima perbezaan kedua duanya barulah boleh serasi.
    lelaki juga kena tau tatacara kawan dengan perempuan berbeza dari lelaki. takkan ngan kawan pompuan pon ajak lepak mamak tengok bola kot. kalau perempuan tu memang kaki bola jugak takpelah. tapi kalau memang tak minat, nak wat camane. takkan nak paksa. ajaklah buat aktiviti lain yang sama sama suka. pergi tengok konsert ke, mendaki Broga Hill ke.

  4. jangan buli atau 'bahan'
    oh honestly, ini tips paling penting kalau nak pikat hati awek. contohnya. si lelaki ni berkenanlah kat si awek. so konon nak bergurau, niat nak suka suka beramah mesra je. but the truth is, ape yang si lelaki ni buat sebenarnya tak fun langsung. contohnya, suatu hari sandal si awek tu putus masa dalam kelas. lepas tu si lelaki tu konon konon nak bergurau, sampai akhir sem ungkit pasal sandal putus. kalau sandal putus tu boleh berkulat macam roti, nak menyampai ke akhir sem tu mesti dah ada pokok kulat siap dengan daun dan berbuah dah. punyalah dah berzaman expiry date dia, still nak cakap benda yang sama. jujurnya annoying gila and very very lame. trust me.

  5. puji secara jujur
    perempuan memang suka dipuji. apetah lagi selepas dia melakukan perubahan pada diri dia. rasa happy gila bila ada orang notice. cam baru lepas perm rambut ke. pakai baju baru ke. suntik botox kat bibir ke. tapi lelaki harus puji secara jujur. kalau nak puji sekadar ambil hati pun takpe. tapi jangan sampai kantoilah yang sebenarnya korang puji sekadar nak tegur. hakikatnya korang tak berkenan langsung dengan kitorang punya new looks tu. antara pujian paling mengembangkan hati adalah 'you lebih cantik tanpa mekap. you look fair naturally'. oh sumpah kembang. terus esok takpakai mekap dah. haha.

  6. jangan pernah cuba ambil kesempatan
    ambil kesempatan ni tak kesah la dari segi ape pun. ketika berdua duaan mahu pun atas kelebihan yang si perempuan ada. berkawan sebab dia kaya atau cantik. sebab sekali dah kantoi, susah dah nak percaya kat lelaki macam ni. bila lelaki mampu kawal nafsu ketika berdua duaan, itulah ketikanya perempuan paling respect kat lelaki. regardless berdua duaan secara sengaja atau tak. kat kelas, kat office. ambil kesempatan berbaik baik dengan dia sebab dia anak bos. memang tak respect lah. dalam situasi ni pon kitorang boleh keluar ayat telur tu. tak macho langsung. lelaki harus gagah dan berdikari. bukan jadi parasit dan reti menempel je.
sekian untuk kali ini. selamat mengorat. :p

No comments:

Post a Comment