Showing posts with label kasih dan sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih dan sayang. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Bukan aku tak rindu ♥

aku ni belajar kat sekolah berasrama since form one...sempat lah dua tahun...sebab ayah aku kena pindah tempat kerja, aku pun tukar masuk sekolah biasa je, kat Kuantan...tapikan, sekolah tulah yang paling memberi kesan...

aku anak sulung...masa sebelum masuk hostel tu, taksangka pulak macam tu perasaannya hidup sendiri...dalam sekelip mata je, mak ayah tinggal aku kat jerantut tuh...dan masa tulah aku kenal apa itu homesick...

seminggu aku kat sana, tak sekalipun aku call rumah...aku tak call sebab aku tau gagang public phone tu akan basah dek kerana air mata aku...so, selagi aku boleh tahan, aku tahan...

rupa rupanya mak aku risau...pengalaman anak pertama pulak yang duk asrama...cukup ke semua barang yang dibekalkan?ok ke kat sana?cukup makan tak?sebenarnya ada benda tak cukup...kain dalam...HAHAHA

seingat aku, sepanjang kat asrama, paling kerap pun seminggu sekali aku call rumah...bukan apa, takut perasaan ni luruh macam tu je bila dengar suara mak di hujung talian...kalau call mak cakap nak outing, mesti lah mak tak galakkan...so takyah call mak...memang anak yang hampeh...

sampai sekarang dah tua ni pun aku masih homesick lagi...kalau naik cuti sem lepas lama duk rumah, memang terasa jugaklah...walau bosan camane pon kat umah tetap rasa rindu...tapi kesibukan hidup kat kampus ni memenuhi masa so taklah teringat sangat kat rumah...

dan aku masih macam dulu...jarang call rumah...bila ada benda penting baru aku call...perangai lagi buruk bila takde duit baru sms ayah...memang teruk kan?but the best part about my dad is dia pandai sms ok!sejak pakai hp qwerty lagi lah...reply ok tp taip oooooooookkkkkkkkkkk...haha...time dia ada masa, selagi kita hantar sms, selagi tu dia boleh reply...tapi kalau dia tengah bz atau tak alert dengan phone, call lah berapa kali pun memang tak berangkat...

adik aku dekat pilah gigih je contact mak ayah aku...aku rasa everytime dia ada test ke, nak outing ke, dia akan bagitau...adik aku yang kat mersing pun sama...siap mak aku bekalkan syiling, senang nak call...tapi aku pakai hp pun jarang nak contact rumah...kalau ada hal pun, aku misscall je, sampaikan bila mak aku call balik, dia cakap 'hello addin (adik bongsu aku)' sebab perli, addin je yang biasa misscall dia...HAHAHA

tapi semua tu bukan bermakna aku tak rindu...rindu sebenarnya, sungguh aku rindu...cuma sengaja taknak terbawa bawa dengan perasaan tu...banyak tanggungjawab kat sini...kalau asyik melayan perasaan, sampai bila pun kerja tak siap...

belajar degree lagilah bz...kalau diploma tu rilek je balik rumah every week...tapi bila dah degree ni takdapat laa...weekend kalau tak bz dengan assignment pun sibuk dengan modul lah, test lah...so konsep aku senang je, kalau ada weekend yang takde hal, memang aku akan balik...JB okey...balik JB pun tak berkesempatan macam mana nak lepak KL atau Melaka...

gambar dusta semata...last pergi KL, februari...dengan mak, ayah n abang naim...ok, next time pergi KL dari segamat memang nak naik bas ni sebab bas ni baru, nampak gagah perkasa gitu!HAHAHA

Thursday, November 11, 2010

terima kasih cinta ♥

memang biasa kita dengar 'mencintai tak semestinya memiliki'...ya, memang betul sangat lah phrase tu...tapi cuba kalau kita yang rasa, mengalami sendiri keadaan macam tu...bukan senang nak telan hakikat macam tu je...

orang sekeliling boleh anggap macam macam, tapi rahsia hati siapa yang tau...

hakikatnya aku dengan dia dah tiada apa apa hubungan...dia pun dah ada pengganti aku...lepas daripada tu, kitorang ada gaduh, teruk sangat dan it end up kitorang berbaik semula...aku sendiri pun tak paham...

but above of all, setelah segalanya yang berlaku, aku bersyukur sangat sangat...ya, memang dia bukan milik aku...tapi, having him as a good friend is way better than loosing him from my life, isn't it?memang dia antara beberapa orang yang sangat memahami aku, tak kira lah macam mana rumit sekalipun perangai aku...dan dia yang bring me up to this far, this strong and I am so thankful for that...he opened another door, another point of view in this life...and had tought me soooo much about the qualities in life that everybody should has...

kepada encik duda, terima kasih sangat sangat sebab banyak bersabar sepanjang mengenali saya...we both know what we have in our tiny piece of heart and I wish that the happiness will meet us soon...you know you will always be my bestfriend, my best soulmate ever...xoxo...

Wednesday, June 16, 2010

the truth about reunion

reunion : aku tak suka.tak minat.tak berkenan.sebab aku rasa I have nothing much to be shared with my all friends masa jumpa nanti...lagi aku rasa yang aku bukan rapat sangat dengan ex classmates n ex schoolmates aku semua...cuma ada beberapa orang je yang aku rasa betul2 rapat n dekat di hati...



12/06/10 : reunion sekolah rendah



pada mulanya kitorang connected kat facebook...it is more than 10 years now and everybody were like 'jom reunion!' but none of them was really planning or organizing towards it...dan aku dengan geramnya mencadangkan 1 tarikh...aku takde rasa nak pergi pun, tp kawan2 pujuk and aku pun turun kuantan semata2 untuk reunion ni...



pagi sabtu tu berkumpul kat sekolah...masa aku sampai, takde orang lagi...lama gila tunggu baru ramai yang sampai...dahlaa lapar gila...pastu aku bengang je dengan budak2 yang sampai lambat n then bebel2 'weyh jom ah,lapar ni!'...wt*?kitorang yang datang awal2 lagi lapar, ko la yang membebel2...



kat sekolah cuma tawaf2 kawasan & amek gambar...ni antara gambar masa kat sekolah...semangat gila budak yang order banner ni...semua orang sign pastu amek gambar...





sangat lah style gambar ni ( aku rasa laa )



meriah gila kan?




lepas tu konvoi pergi lunch dekat mcD Teluk Chempedak...lepas makan, ada bincang2 sikit...masa tu aku dalam keadaan kenyang...lepas tu angin pantai bertiup2...pergh!mengantok giler nak mampus...aku tak amek port pon dorang bincang ape...aku ikot je suara majoriti...end of discussion yang aku tau, yuran alumni RM50 per year, next trip g pulau and aku jadi timbalan pengerusi...owh! (-_-)


perasan tak yang gambar ni memang senget, pastu dorang yang belah kiri pun sengetkan badan pastu nampak macam balance...hahaha... ;)

lepas lunch kat TC, kitorang pergi megamall pulak...dorang semua main bowling kecuali aku...kenapa aku tak main?sebab aku looser...tak reti main...takde maknanya aku nak membazir duit kalau setakat nak tengok bola tu masuk longkang...so aku jadi tukang amek gambar je masa tu...

masa kat bowling tu sangat meriah...ada yang sengaja je kacau member main so that masuk longkang laa, pin jatuh sikit laa...siap ada video lagi aku rekod and sangat sangat lah kelakar!

aku tengah nak belajar pasal dslr...i'm officially now in love with it!

lepas tu kitorang minum petang kat coffee street...aku macam dah lapar gila...orang lain semua minum air je...aku order sandwich!hahaha...sandwich 1 set tapi aku makan half...another half budak2 lain yang makan...

lepas tu, dinner dekat ana ikan bakar petai, tanjung lumpur...mak aihhh orang ramai giler tak muat...tapi sebab dah book n order menu so kitorang stay jelaaa...standard laa weekend night kan...tapi seriously memang lama gila tunggu makanan sampai...sampai pulak sikit2...mula2 tomyam semangkuk dengan kailan ikan masin...lama2 baru yang lain2 sampai...tu pun tak cukup...tomyam 1 mangkuk besar nak share dengan 15 orang...nasib baik ikan bakar order 3 ekor...ada sorang member aku dengan sengalnya boleh cakap "kesian kat aku, tak dapat kuah, makan kuah ni jelah (sambil merujuk pada air asam ikan bakar) "...last2 aku makan sikit je sebab perut aku makin mengecil sebab  banyak ketawa...

bila balik rumah malam tu, aku lapar...bangang kan?sebab makan tak banyak pun...esoknya bas aku balik 5pm...dorang anta aku kat terminal n konvoi ramai2 balik KL...

after this one special saturday, i've changed my mind about reunion...sebenarnya reunion sangatlah seronok!macam dalam kisah aku ni, reunion sekolah rendah!semuanya kenal dan berkawan tanpa sebab atau alasan...dalam erti kata yang lebih mudah, ikhlas...bila umur meningkat naik, kita pun akan accomplished macam2 dalam hidup dan kadang2 memang susah nak bezakan sama ada orang di sekeliling kita ni betul2 ikhlas berkawan atau ada sebab2 tertentu, sebab tu dorang datang dekat...

yang paling istimewa pasal reunion ni sebab masing2 boleh flashback balik moment2 masa sekolah dulu...betapa nakal, sengal, carefree, no burden and no worries nya kita masa tu...memang sangat sangat sangat lah kelakar...sampai kan lepas daripada reunion tu, aku ada je ketawa sorang2 bila teringat cerita2 yang dorang flashback...masa on the way balik JB pun aku tak tido sangat, sebab ada je teringat cerita2 kelakar tu...nasib baik laa seat dalam bas tu aku duduk sorang2...kalau tak mesti orang sebelah ingat aku ni gila...

by now, semua orang pun masih gembira dengan cerita2 masa reunion...komen gambar dekat facebook tak payah cakap lah, memang bertubi2...dan aku tau, semua orang pun sangat sangat looking forward for our next reunion, that was planned to be held once every year (at least, i think! )...

Tuesday, June 8, 2010

konvokasi

perkataan sebenarnya konvokesyen kan?aku pun tak paham nape aku suka sebut konvokasi...hehe...

khamis minggu lepas 27/5 berlangsunglah istiadat konvokesyen kali ke 72, aku punya sidang ke 13...mula2 tu taktau la nak cakap nervous ke ape...tapi macam kinda lost jugak sebab aku sorang2, tak g rehearsel pulak tu...tapi kata orang, malu bertanya sesat jalan...so aku try tanya2 benda yang aku taktau kat member2 yang dah konvo...budak yang Q belakang aku pun menjadi mangsa...budak nya pun baik, nama amira jugak...bila dia tengok aku (syok sendiri) amek gambar sendiri, dia pun offer nak tolong amekkan gambar...tq ye!heheheee.. :)

masa kat dalam tu memang terasa sangat...ni la masa yang aku tunggu2....usaha aku selama 4 tahun...inilah hasilnya...biarlah apa orang nak cakap...segala perit tu aku yang lalui and aku survive...tu yang paling membanggakan...

semua ni atas sokongan mak ayah...financially teruatamanya...kalau tak, memang aku tak boleh habiskan diploma ni...dari segi emotionally support, memang dia dan kawan2 paling banyak membantu...dia yang paling banyak bagi nasihat n tenangkan aku ketika aku menangis dan hampir berputus asa...pada dia aku mengadu kata2 dari mulut orang yang tak pernah faham...yang mungkin juga tak belajar kat U n tak faham pun sistem dan corak pembelajaran di IPT tapi mengata aku itu ini macam aku ni bodoh sangat...tapi ada juga yang faham dan cakap 'akaun memang susah pun...'...walaupun ayat tu cuma sebaris tapi sangat bermakna bagi aku...memang sangat bersyukur dapat dia dalam hidup aku...walaupun kos dia lebih mudah berbanding kos aku, dia masih boleh paham n terus2 memberi aku sokongan dan dorongan...kawan yang paham biasanya kawan2 yang satu kos...walaupun dorang grad on time n smabung b.acc, still boleh paham keadaan aku n bertanya keadaan aku, belajar macam mana, ok ke dan lain2...yang ni paling menyentuh hati sebab walaupun di saat2 sukar, aku tau bahwa kawan yang ikhlas tu sentiasa ada memberi sokongan walaupun mereka jauh... :)

awal2 lagi memang dia cakap nak datang aku punya konvo...aku tak harap pun dia datang sebab aku tau our whole situation macam mana...dan masa konvo tu sah2la ada parents aku n aku tak kisah dia tak datang kalau dia belum bersedia...

cuti sem kali ni dia bekerja seperti cuti sem sebelum ni and dia mintak cuti awal2 sebab nak g konvo aku (terharu weyh) ...nasib baik konvo aku jatuh on weekdays sebab kalau weekend memang dia takleh cuti laa...

ni antara gambar2 konvo...banyak2 lagi aku dah upload kt fb...tengoklah betapa happynya aku! :)


Sunday, May 16, 2010

there she goes

amalina dah pun selamat mendaftar di matriks n9...by the time aku siap publish post ni, dia dah habis orientasi dah pun...

keputusan SPM yang cemerlang melayakkan amalina untuk apply and study any courses she wanted to...just pick any of the courses she desired and register...

amalina dapat both offers from matrix and UPU...before dapat any of those offers, dia ada cakap nak sambung akaun...sah2la nanti dia dapat Segamat!owh malunya!saudara mara pun mengalami kesukaran nak bezakan aku dengan dia...ini pulak lecturers nanti!!!undeniably dia akan skor...dean's list dalam tangan...kakak ambil masa 4 tahun buat DIA tapi dia boleh dapat ANC!

but above of all, I do welcome her with my warmest heart...honestly I'll give any guidance she needs and warn her any necessary things, based on my experiences so that she will not do the same mistake as what I've done...

and when the results for matriculation intake had came out, she was offered physical science at Kuala Pilah Matriculation College and later on she decided to go there...when UPU results came out, it turned out that she was offered DIA in UiTM Shah Alam which means it is fast track course!oh double looser me!

but after all, she is my one and only sister, I'm praying the best for her and hoping this journey will make her stronger and more mature to overcome any upcoming obstacles and I'm always here if u need anything...

xoxo