Showing posts with label living life lively. Show all posts
Showing posts with label living life lively. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Bukan aku tak rindu ♥

aku ni belajar kat sekolah berasrama since form one...sempat lah dua tahun...sebab ayah aku kena pindah tempat kerja, aku pun tukar masuk sekolah biasa je, kat Kuantan...tapikan, sekolah tulah yang paling memberi kesan...

aku anak sulung...masa sebelum masuk hostel tu, taksangka pulak macam tu perasaannya hidup sendiri...dalam sekelip mata je, mak ayah tinggal aku kat jerantut tuh...dan masa tulah aku kenal apa itu homesick...

seminggu aku kat sana, tak sekalipun aku call rumah...aku tak call sebab aku tau gagang public phone tu akan basah dek kerana air mata aku...so, selagi aku boleh tahan, aku tahan...

rupa rupanya mak aku risau...pengalaman anak pertama pulak yang duk asrama...cukup ke semua barang yang dibekalkan?ok ke kat sana?cukup makan tak?sebenarnya ada benda tak cukup...kain dalam...HAHAHA

seingat aku, sepanjang kat asrama, paling kerap pun seminggu sekali aku call rumah...bukan apa, takut perasaan ni luruh macam tu je bila dengar suara mak di hujung talian...kalau call mak cakap nak outing, mesti lah mak tak galakkan...so takyah call mak...memang anak yang hampeh...

sampai sekarang dah tua ni pun aku masih homesick lagi...kalau naik cuti sem lepas lama duk rumah, memang terasa jugaklah...walau bosan camane pon kat umah tetap rasa rindu...tapi kesibukan hidup kat kampus ni memenuhi masa so taklah teringat sangat kat rumah...

dan aku masih macam dulu...jarang call rumah...bila ada benda penting baru aku call...perangai lagi buruk bila takde duit baru sms ayah...memang teruk kan?but the best part about my dad is dia pandai sms ok!sejak pakai hp qwerty lagi lah...reply ok tp taip oooooooookkkkkkkkkkk...haha...time dia ada masa, selagi kita hantar sms, selagi tu dia boleh reply...tapi kalau dia tengah bz atau tak alert dengan phone, call lah berapa kali pun memang tak berangkat...

adik aku dekat pilah gigih je contact mak ayah aku...aku rasa everytime dia ada test ke, nak outing ke, dia akan bagitau...adik aku yang kat mersing pun sama...siap mak aku bekalkan syiling, senang nak call...tapi aku pakai hp pun jarang nak contact rumah...kalau ada hal pun, aku misscall je, sampaikan bila mak aku call balik, dia cakap 'hello addin (adik bongsu aku)' sebab perli, addin je yang biasa misscall dia...HAHAHA

tapi semua tu bukan bermakna aku tak rindu...rindu sebenarnya, sungguh aku rindu...cuma sengaja taknak terbawa bawa dengan perasaan tu...banyak tanggungjawab kat sini...kalau asyik melayan perasaan, sampai bila pun kerja tak siap...

belajar degree lagilah bz...kalau diploma tu rilek je balik rumah every week...tapi bila dah degree ni takdapat laa...weekend kalau tak bz dengan assignment pun sibuk dengan modul lah, test lah...so konsep aku senang je, kalau ada weekend yang takde hal, memang aku akan balik...JB okey...balik JB pun tak berkesempatan macam mana nak lepak KL atau Melaka...

gambar dusta semata...last pergi KL, februari...dengan mak, ayah n abang naim...ok, next time pergi KL dari segamat memang nak naik bas ni sebab bas ni baru, nampak gagah perkasa gitu!HAHAHA

Birthday celebration ♥

al kisahnya sabtu pagi pagi test kul 7.30...malam sebelum test tu kawan aku masuk bilik tanya 'miera, esok free tak?' ah sudah...cuak dah aku...ada celebration ke?jangan kena baling tepung dahlaaa...aku dah tua weyh, sakit jantung aku kang...

sabtu lepas test, aku ingat dorang ni nak ajak keluar...aku cakap nak balik bilik dulu, purse pun aku takbawak...so dorang hantar aku jap...bila aku turun tangga, dorang tengah borak borak kat bawah...pastu aku nampak si sha ni pegang kek n paling kelakar sebab sha takperasan yang aku dah nampak kek!HAHAHA

lepas beberapa saat baru sha tengok aku pastu kitorang suka suka jelah...pastu dorang nyanyi (haha malu la aku dah tua) n aku potong kek, makan kek as breakfast...sedap!aku paling suka keping keping choc kt tepi kek tu..aku tak makan strawberi so untung lah dorang ;)

sha

kira ngan sha


aza ngan kira

aza














aku ingat dorang nak kua so aku cakap aku nak makan soto...lepas makan kek sha bawak aku g makan soto kg jawa dengan aza ngan yun...and yes soto kg jawa memang sedap!TQ so much korang...it was not so much of surprise sebab aku ternampak kek, haha...but it was unexpected, really...TQ once again!

Friday, July 30, 2010

terima kasih anak anak mak :)

baru baru ni aku mengalamai emotional breakdown...setelah hampir sebulan aku kat sini, melayari life as a student...semuanya ok ok je...tiba tiba bertimpa timpa hal kecik kecik tambah tambah jadi besar...lagi lagi pulak dalam keadaan yang tak boleh bersujud dan membaca kitabNya...emosi aku sungguh sungguh rapuh...aku bagai hilang tempat mengadu dan bergantung harap...

dalam keadaan tertekan tu aku mesej kawan kawan aku yang aku rasa boleh paham dan memberi kata kata semangat...setakat bff aku yang ni memang orang wajib aku cari...tak kira lah apa mood sekalipun...sebab dia sorang je yang paham seluruh jiwa aku camane...the best part bila aku nak bagitau something and dia pun dah agak benda yang sama!xoxo... :)

so aku mesej kawan kawan lelaki aku...tak ramai mana pun...tiga orang je...ada sorang tu memang dah lama tak contact, last sekali masa aku cuti sem kalo tak silap...so bila aku mesej and call dia, dia boleh cakap 'eleh ko, dah jiwa kacau baru cari aku...' pergh...sentap kot!bukan tak ingat member or cari bila perlu je...cuma rasa dia sibuk dengan kerja kerja kolej dia so malas nak kacau sangat...adoi...sorry sangat sangat...tak niat pun nak buat member kecik ati...

apa yang menarik bila cerita masalah kat lelaki ni...dorang tak mudah melatah...kalau orang perempuan ni kan emotional...ada masalah (aku la ni) maki and marah marah...rasa macam semua benda tak kena...nak berambus je dari tempat tu...tapi dorang ni lek lek je...so bagus lah...tak menambah dosa aku mencarut...tapi lelaki tak...mereka cakap elok elok...tak reti nak describe camane lagi...tapi ketenangan dorang buat aku geram jugak kadang kadang...bukan geram apa...macam jeles sebab dorang ada tahap ketenangan yang sangat tinggi...

kadang kadang rasa hidup sebagai lelaki ni senang je kan...kalau ada masalah isap je rokok..tak pun keluar dengan member member...kalau kita yang perempuan ni kerap keluar nanti orang cakap kita kuat sosial pulak...tak pun nanti dapat tittle buas pulak...takpun gadis liar...ugh!

nasib baik aku memang tak dibiasakan keluar untuk berpoya poya...so walau stress macam mana pun, aku masih hidup walaupun terperap kat umah je walaupun padahalnya meronta ronta rasa nak berambus nak g theme park kat genting...kahkahkah!

fruit season in my heart

haha tajuk nak bajet macam autumn in my heart la konon!poyo sungguh...

seperti yang semua sedia maklum sekarang ni dah mula dah musim buah...aku takdelah minat gila makan buah tapi kalau kat umah aku ada buah yang aku suka, aku makan je...antara buah-buahan yang biasanya aku makan yang biasa-biasa je...macam rambutan, tembikai, jambu batu, jambu madu, mempelam dan manggis...and the truth is aku tak suka dan tak makan durian...tak ingat pulak since when tapi memang tak makan buah durian yang piawww...if pulut durian tu aku makan la, sebagai manisan kan...lain lain buah yang luar biasa macam ciku ke, kiwi ke, avocado ke...haaa yang tu aku tak makan...haha...kiwi dengan avocado tu yelah memang rare sikit kan so logik la tak makan...tapi ciku ni struktur dia macam bintik bintik kan (padahal jambu batu my favourite pun bintik bintik jugak ) so rasa macam pelik and aku tak makan...

kalau kat segamat nih, dah memang area kampung, so memang saaaangat banyak pokok buah buahan yang dapat dilihat...dan segamat memang famous dengan durian sebenarnya...siap ada replika durian lagi kat dataran segamat tu...

kat umah sewa aku nih, nak keluar turun bukit tu je dah melalui dua pokok rambutan...tapi yang tak bestnya pokok dan buah merah merah tu cukup takat tengok jelah...takot nak amek...taktau tuannya siapa...kalau tau pun mampus segan nak g mintak...dan buah buah rambutan tu banyak yang habis nyawanya gugur n busuk je kat tanah...

kalau perjalanan dari kampus nak keluar ke bandar, sepanjang perjalanan tu boleh tengok banyak  sangat pokok rambutan...si dia pulak memang suka makan buah...durian lah especially...ingat lagi masa dulu, masa masih sama sama belajar kat segamat...kitorang outing naik...sepanjang perjalanan kiri kanan ada je pokok rambutan dengan buah yang merah...aku tak kisah sangat, pokok orang kan...tapi dia tengok geram je n tepuk tepuk lutut aku suruh tengok...dan setiap kali musim buah tiba, aku takkan lupa saat tu...kalau dulu memang tak terasa sangat sebab aku duk kolej dalam kampus...sekarang dah jadi NR, hari hari, setiap hari kena tengok pokok pokok buah tu dan teringat kat dia...sumpah meruntun jiwa...

melaka ♥

beberapa minggu yang lalu, aku berkesempatan menghabiskan hari sabtu di melaka bandaraya bersejarah...aku memang suka melaka sebab melaka simple macam kuantan...takla maju sangat dan takla kolot sangat...

kitorang sampai melaka dekat tngahari dah jugak...naik cepat ekspress yang tak cepat langsung...dari melaka sentral nak ke bandar naik bas ting tong...haaa...part ni yang sakit dan paling tak menarik kat melaka ni...bayangkan melaka yang sentiasa menerima kunjungan pelancong tu tapi perkhidmatan bas ting tong dia macam taik!dengan bas memang dari zaman tok adam punya...sah sah lah takde air-cond...lepas tu kat dalam tu memang macam sardin lah...kalau tak lancarkan sikap kekejaman berebut naik bas, terteteng teteng tunggu orang lain naik dulu, memang kau kena berdiri la...cium ketiak indon basi tak mandi yang berdiri depan kau pegang batang besi kat atas...tak percaya?try la sekali g melaka naik bas...memalukan kot...bas bee huat kuantan - pekan pon lagi molek siap ber air cond...kalau tengok dari luar tak sangka penumpang dalam tu ada anak cucu naga tasik chini nak balik kampung halaman...mesti ingat tu bas trip kuantan ke kemaman ke...hahahahaaaa...

melaka kalau dalam bab shopping memang boleh tahan...sekarang dah maju...kalau dulu ada mahkota parade je, sekarang, kalau turun dekat mahkota parade tu dah boleh dikatakan lengkap lah...jalan seberang dah boleh pergi dataran pahlawan...dataran pahlawan pulak memang sangat luas...kat belakang tu je ada A Famosa ( kalau tak silap laaa)...tapi aku tak pergi pun...tu kanak2 punya destinasi lawatan...hahahaaa...

kat melaka ada jusco weyh!bukan satu tapi dua!tapi aku tak pergi pun...yelah, datang naik bas, malas nak merayap jauh sangat...padahal naik jejantas dari melaka sentral tu dah boleh sampai jusco, berdepan dengan tesco...

tetapi aku rasa melaka macam tak banyak pilihan, berbanding dengan JB...memang melaka ada MNG, Esprit and other brands tapi bila masuk butik butik tu, tak banyak pilihan yang terdapat di situ...nak buat choice pun macam malas je...apa yang ada macam sekadar cukup syarat...maybe mengikut pasaran melaka, rakyat jelata  tak banyak berbelanja pada barang barang berjenama so outlet tak order stok yang banyak sebab nanti tak habis dijual...
melaka memang ada baaaaanyak places of interest....memang masa dia bawak aku ke sana beberapa sem dulu, aku dah cakap yang melaka akan jadi tempat wajib untuk dilawati...bawak anak2 tengok dengan mata kepala sendiri rupa A Famosa tu...lain-lain dengan taman haiwan lah, taman buaya lah...apa ntah lagi aku tak pasti sangat...yang pasti tempat-tempat untuk dilawati memang banyak...dan melaka tak lah luas sangat...maksudnya, dari satu tempat ke satu tempat tu insyaAllah takde masalah kalau berkenderaan sendiri...menara taming sari tu pun best...tapi macam tak berapa nak puas la naik dalam 10 minit je...tu yang aku naik masa pertengahan tahun 2008...sekarang punya tak pasti...

malahan aku pernah jugak simpan angan-angan nak setel down kat melaka...location strategic...aku nak ke KL JB kuantan tak jauh sangat...juga sebab melaka memang macam kuantan...simple tapi tak bosan...kalau spend one whole weekend kat melaka pun belum tentu boleh cover semua places of interest tu...sebab memang banyak...sekarang lagi la siap ada mini theme park tepi sungai...

tapi rakyat melaka takdelah maju sangat...kalau jalan jalan kat shopping omplex tu tu tengok macam budak budak bukit kuin kat kuantan je dress up dorang...takpun lebih kurang macam orang kampung aku je...ada yang macam nak tiru avril lavigne macam sebelum avril kawen dulu...

Monday, July 19, 2010

When all you got to keep is strong, move along, move along



Move Along



Go ahead as you waste your days with thinking

When you fall everyone stands

Another day and you've had your fill of sinking

With the life held in your

Hands are shaking cold

These hands are meant to hold



Speak to me, when all you got to keep is strong

Move along, move along like I know you do

And even when your hope is gone

Move along, move along just to make it through

Move along

Move along



So a day when you've lost yourself completely

Could be a night when your life ends

Such a heart that will lead you to deceiving

All the pain held in your

Hands are shaking cold

Your hands are mine to hold



Speak to me, when all you got to keep is strong

Move along, move along like I know you do

And even when your hope is gone

Move along, move along just to make it through

Move along

(Go on, go on, go on, go on)



When everything is wrong, we move along

(Go on, go on, go on, go on)

When everything is wrong, we move along

Along, along, along



When all you got to keep is strong

Move along, move along like I know you do

And even when your hope is gone

Move along, move along just to make it through

[x3]



(Go on, go on, go on, go on)

Right back what is wrong

We move along

[fade out]


one of the best songs that can be used to motivate ourselves...there are lots more but i'm afraid it will slow down the loading time for my blog...

mintak belanja

ini antara perkara pantang aku...rasa-rasanya sebelum ni aku dah pernah melenting dek kerana hal ni tapi ada jugak lagi yang jenis tak ingat masih buat benda ni...

aku memang cukup tak berkenan dengan orang yang suka mintak belanja...tak kisah la belanja makan ke, baju ke, kasut ke...senang kata tak kisah la benda yang murah atau mahal...memang ada orang anggap ia gurauan, tapi kalau selalu, gurauan apa namanya? ini tak, pantang nampak orang g ATM sebut mintak belanja...biarlah berapa RM pun...kalau asyik meminta, nampak sangat macam 'murah'...nanti dah terhutang budi baru tau...

lagi satu aku ni sangat sangat mementingkan keikhlasan...tak kisah la dalam hal apa sekali pun...even dalam hubungan aku pun, aku taknak dia bagi aku apa-apa sebab aku mintak...nanti benda tu jadi tak ikhlas...if nak bagi hadiah ke, apa2 la, bia bagi sendiri...dalam berkawan apetah lagi...kang elok2 berkawan nanti jadi tak seronok nak kawan...dah reti mintak belanja je...

aku malas nak cakap banyak hal ni...nanti ada pulak yang kecik hati la, terasa la...aku takde niat nak tuju kat siapa2...aku cuma nak bagitau apa yang aku rasa selama ni...

nak mintak belanja boleh, tapi bukan dengan aku...

Wednesday, July 14, 2010

kan aku dah kata! :)

hari ni first class untuk subjek research methodology...scientific gila kan nama subjek ni...hopefully ok2 ajelah subjek ni nanti *fingers crossing*

memandangkan kelas tadi merupakan first time meeting for this subject, lec aku untuk subjek ni suh setiap orang memperkenalkan diri plak...bagitau nama, asal mana, dulu kos apa n dari kampus mana...dan ini lah jawapan aku....

"my name is Amira binti Rahmat...I studied diploma in accountancy here previously...i came from kuantan pahang but live in JB"

pernah ke aku mengaku yang aku ni orang JB?

lecturer ni ada je ulasan dia pasal tempat2 asal budak2 dalam kelas tu...dia cakap terus terang je dia suka atau tak kat tempat2 tu...dari batu pahat ke kluang, naik ke klang n turun ke kuantan, semua tempat dia pernah pergi or at least dia tau...klang terkenal dengan jem dekat jambatan tu, jalan kewajipan pun sama...katanya jalan kewajipan tu memang sesuai la nama dia...jalan wajib jem...kopi kat kluang sedap...kampus UiTM Melaka cawangan Lendu tu best...yang cawangan Bandaraya pun best jugak tapi lif kat sana memang macam nak pergi berperang...war of the jungle katanya...haha...

dia pernah ke kuantan!dia kata kuantan bersih! *hidung kembang* undeniably kuantan memang tempat yang tenang, tak perlu rush...dia kata kalau kat kuantan tak payah kalut...paling tak tahan part dia share experience dia semasa di kuantan...katanya dia pernah kena saman sebab buang puntung rokok dalam sungai...dua kali dalam masa dua hari di sana...haha very funny...aku pun taktau sampai begitu strict peraturan kat sana...pulak tu dia bandingkan kuantan dengan JB yang kotor (dia kata) sebab JB banyak car wash...singaporean pun basuh kereta kat JB sebab murah...pastu air2 kotor tu mengalir n mengotorkan kawasan sekitar...tapi memang kuantan bersih pun...kalau orang kuantan datang JB, memang terasa bezanya...dalam post sebelum ni memang aku ada terima kasih dekat MPK atas semua yang cantik2 dan elok2 kat kuantan...perancangan memajukan kuantan lebih tersusun berbanding JB...landskap kat kuantan pun cantik...tanah sekangakang kera atas road divider pun pihak MPK hias cantik2 dengan pokok...memang tak membosankan kalau tengah berhenti 120 saat kat traffic light tunggu lampu hijau...lereng bukit ke bahu jalan yang on the way ke TC tu pun dorang hias cantik2...bukan tanam pokok suka2 ati je, siap susun warna daun dan bunga2 tu nampak jadi macam corak yang sangat kreatif...tahniah sekali lagi kat MPK sebab sentiasa berusaha untuk mencantikkan kuantan... :)

i love kuantan...always and forever...

parcels = suprises

belum pun sampai 2 minggu aku kat sini tapi dah berapa banyak kiriman bungkusan aku dapat...memandangkan aku ni duk kat ceruk n jarang dapat keluar, aku lebih senang untuk shopping online...

masa last sem, aku beli crocs online...tapi pattern tu tak sesuai dengan kaki aku yang kembang ni...so aku mintak tukar pattern lain...tapinya pattern lain tu takde stok untuk saiz aku...so aku tunggu punya tunggu punya tunggu sampai habis sem pun tak dapat2 lagi...aku ni memang cerewet...aku lebih rela tunggu dari main pakai je pattern yang tak muat...dalam hal lain pun, biar takde dari ada benda tapi hati tak suka...

masa aku cuti sem kat umah, aku pun buat2 tanya kat si pekedai crocs tu...stok baru dah sampai belum...dia reply cakap takde lagi, tapi tak lama lagi sampai la stok baru...ok takpe...tiba2 esoknya orang tu email aku and bagitau yang adik dia dah pos crocs aku semalam...maknanya crocs aku akan sampai ke segamat tapi aku tengah cuti sem kat JB!!! (-____-)

tapi aku pujuk hati aku yang kononnya cuti kali ni aku taknak guna pun crocs tu...so takpelah sampai lambat pun...

so bila bukak sem, first day lagi aku dah menjejak pejabat pos mini kat dalam kampus...tapi dah ada staff UPK yang ambil...bila aku pergi office UPK sektor C, takde pulak...siap staff tu cakap kat aku 'takkan saya nak tipu?'...aku balik semula ke pejabat pos mini n makcik tu cakap mugkin ada kat UPK sektor B sebab masa cuti sem tu ada pelajar2 buat short course so maybe staff tu hantar ke sana...aku pun pergi ke UPK sektor A dan B...takde jugak!!!stress betullah...tapi nasib baik staff dekat UPK sektor B tu baik and call UPK lain dan tanya pasal barang aku...petang tu aku dapat call yang barang aku ada kat UPK sektor C, UPK yang mula2 aku pergi tapi staff tu cakap 'takkan saya nak tipu?'

lepas tu menyusul lagi beberapa bungkusan barang2 yang aku beli online...dek kerana kes barang aku tak jumpa kat mana, makcik yang jaga pos mini tu dah ingat dah muka aku n kenal nama... (-___-)

aku taktau kenapa tapi aku memang excited and happy kalau dapat parcel...perasaannya macam orang bagi hadiah...padahal bukan...aku keluakan duit nak dapatkan barang2 tu...tapi memang suka je rasa bila dapat parcel..masa last sem lagi la...masa mula2 crocs tu sampai, aku tak sabar2 nak naik bilik, nak bukak n try...masa sampai bilik tu, roomate aku takde...aku siap melompat2 dalam bilik sebab happy sangat barang aku order dah sampai...

up till yesterday, dah 4 barang kiriman aku dapat...crocs, jeans, dress semua beli online...semalam dapat buku, ayah aku pos manual...yang tu lagi canggih sebab pos via courier swasta...hahahahaaaa....

kalau parcel tu dapat pagi2 memang bagus sebab nanti aku happy je dapat 'hadiah', so memulakan hari dengan mood yang baik...ceria je rasa...dapat barang pun boleh buat hati berbunga2.... :)

Wednesday, July 7, 2010

lectures and classes

minggu pertama semester baru...biasanya minggu2 pertama macam ni takde kelas sangat...kalau ada pun, first class tu mesti berkenal2an dulu, lepas sejam je kelas habis...kalau zaman aku diploma dulu, memang liat2 jela aku nak pergi kelas awal2 sem ni...n kalau datang register hari sabtu atau ahad, memang perkara biasa la kalau rabu budak2 balik rumah semula...sebab kelas pun tak start lagi...duk kampus takde ape nak buat...

tapi sem ni aku macam rajin pulak...walaupun duk menyewa kat luar, rajin je nak g class...pastu aku macam happy je kena tunggu bus pagi2...padahal pagi2 aku la yang paling lambat bersiap...huahuahuaaaa...memang aku gembira je rasa...maybe sebab ada kawan2...cuma yang tak best nya umah aku sewa ni atas bukit...curam pulak tu...masa ayah aku hantar pun dia terkejut tengok bukit tinggi sangat...huhuhuuuu....masa balik kelas la paling tak daya nak panjat bukit...masa pergi kelas, rasa macam nak tergolek2 je turun bukit...

jadual kelas sem ni agak ntah ape2...rompong sana sini...macam hari ni, kelas 8am n 12pm...kul10 tu cari la port mane2 nak lepak...dengan student yang berlambak2nya...nak lepak pun crowded...jadual ari selasa lagi mantap...kelas 1 je...kul4... (-_-)

tapi nanti dah lama2 kelas mesti datang angin malas tu...aku ni memang payah nak maintain rajin aku lame2...mesti akan ada 1 point aku akan terkucil...tak kisah la bab ke kelas ke...ape2laa...nanti mulalah tiba2 rasa liat nak bangun n malas g kelas...

tapi kan, cuba bayangkan kalau lecturer buat macam tu...pagi2 dia rasa malas nak bangun...dia sambung tido...kita ni berduyun2 ke kelas...yelah takot pulak kalau tiba2 dapat assignment ke, lagi maut kalau tiba2 dia nak buat quiz...sampai kelas duduk2 10-15 menet, lecturer tak sampai2...bila call dia cakap dia cuti hari ni...bengang tak?mesti rasa sakit hati kan?macam aku yg NR ni lagi la tension...nak balik kena tunggu bas...kalau bagitau awal2 kelas cancel kan senang...boleh balik awal2 tadi...

so kesimpulannya, kita ni suka2 hati je rasa nak ponteng...cuba letak diri kita kat tempat lecturer, apa mereka akan rasa?

akhir kata, aku harap aku rajin nak ke kelas sepanjang sem ni...harap sangat... (-_-)

Friday, June 25, 2010

makan!

makan makan makan...aku suka makan!aku tau makanan2 tu pun memang suka tengok aku...hahahahaaaaa!

Kuantan :
1) Tomyam & ikan bakar kat Tanjung Lumpur...murah, sedap, segar dari laut...banyak kedai pilihan...yang mahal ada, murah ada...tapi yang sebenarnya kan bagi aku, tomyam kat kedai confirm sedap dari tomyam kat umah (T_T)
2) keropok sagu, otak-otak dan sata kat tanjung lumpur (lagi)...otak-otak kat sana memang terbaik weyh...isi ikan dibalut dengan ramuan berempah (ok taktau exact word yang sesuai nak describe)...ada kelapa n rasa pedas2 sikit...lepas tu bila datang JB ni, famous betul otak-otak kempas...ok2 cuba try rasa...eh2 nape pelik sangat ni?ni bukan otak-otak, ni sosej dalam daun! (T_T)
3) mee / mihun kari @ planet curry...sedapnye weyh!kari berlemak...ok memang dah lama gila tak makan kat sini...sedap sedap sedap...


Johor Bahru
1) nasi ambang!aku suka nasi ambang...daripada aku tak makan sayur kacang, skang jadi makan disebabkan nasi ambang ada sayur kacang...nasi ambang istimewanya sebab ia nasi putih lauk ayam, sayur jawa (sayur kacang + tempe + tauhu + soon + tauhu kering)  sambal kelapa n mee goreng...aku suka sebab aku rasa nasi ambang ni lain dari yang lain...kalau dapat sebungkus, confirm kenyang!tapi zaman sekarang payah la nak dapat nasi ambang yang betul2 sedap...kalau yang jual kat pasar malam, bungkus dalam kertas coklat dan daun pisang pun belum menjanjikan rasa yang sedap...nak orang lama masak jugak baru sedap...
2) air katira...suka suka suka...macam air bandung...tapi warna hijau...berlemak weyh...tapi kalau kat JB ni, konon katira abu bakar paling sedap and famous...tapi aku rasa, sedap lagi air katira pakcik van merah kat segamat tu...yang kat JB ni macam ntah pape je rasa dia...pastu letak biji ape ntah yang kecik2 tu...biji sagu ke nama dia...tak sedap pun...yang kat segamat tu sempoiii...memang katira paling sedap aku penah minum..
3) yong tau fu...hohoi ni memang tarikan dekat JB nih...medan jual yong tau fu paling hot dekat padang MBJB yang ada jam besar tu, depan hotel Thistle (previously known as Hyatt)...kat situ penjaja2 parking lori dorang, bukak meja n susun pelbagai jenis yong tau fu...aku tak berapa pasti tentang kuah atau sos yong tau fu yang sebenarnya...ada yang sup, ada sos biasa, ada juga kuah pedas rasa kacang...aku prefer kuah pedas rasa kacang tu...memang complete ah...
4) mee rebus abd wahab...ok aku tak pasti nama dia abdul wahab ke abdul wahid...tapi memang mee rebus ni paling famous kat JB nih...aku tak minat sangat mee rebus tapi mee rebus ni memang sedap...kuah pekat, memang puas ati kalau makan...paling senang nak beli dekat Plaza Angsana...n everytime datang memang ramai orang...

Pekan :
1) mee talam...mee lidi yang digoreng dan dihidang dalam talam besar...takde ape lauk sangat pun tapi ramuan untuk menggoreng tu memang lengkap cukup rasa, tu yang sedap...tapi sama jugak macam nasi ambang, payah dah nak dapat mee talam yang sedap skang...ayah cakap sebab orang yang buat tu ramai dah meninggal...owh!
2) murtabak mengkasar...by now orang ramai macam dah tak berkenan sangat dah dengan murtabak mengkasar tu...ada yang kata tak sedap macam dulu, ada yang kata sebab mereka sombong, perasan yang murtabak mereka paling sedap di alam semesta...ok, leave all the reasons...aku nak cakap jugak murtabak mengkasar memang sedap!!!located betul2 sebelah sekolah SHAH, dekat traffic light simpang tiga...aku suka sebab cara intinya dibuat...telur + daging hancur + rempah ratus semua diadun sekali...aku penah nampak tukang buat murtabak tu pukul bahan2 dalam jug guna mixer macam mak aku buat kek...lepas tu isi tu dimasak n dibalut dalam doh yang dah ditebar macam roti canai tu...sedap weyh sedap!!!kalau dekat belah pahang, murtabak dimakan dengan bawang warna pink...kalau kat JB pula dicicah dengan kuah kari...

Segamat
1) burger segamat!!!sedap sedap sedap...aku suka sebab daging burger tu dimasak elok2...kalau tengok, daging tu kekal bentuk bulat macam baru keluar dari freezer, tapi bila makan, dagingnya dimasak sempurna dan empuk rasa...lagi2 bahan lain macam biasa...mayonis, maggie seasoning & serbuk kari...kalau masak daging burger tu sendiri kat rumah, dah la jadi bujur, pastu bila gigit, terasa koyak gusi aku... (T_T)

Thursday, June 24, 2010

kuantan

setelah beberapa tahun, baru tahun ni aku merasa cuti sem pertengahan tahun...tahun2 sebelum ni biasanya buat short course...

dan pada cuti kali ini juga aku sempat ke Kuantan sebanyak 3 kali...tapi perasaannya tetap sama...sumpah aku sayang Kuantan gila babi...tempat jatuh lagi dikenang...Kuantan memang macam aku...simple but nice (ahaa!)....aku memang anak jati pahang dan dibesarkan di Kuantan...walaupun aku dah lama menetap di JB, insyaAllah bila ke sana, aku masih ingat jalan2 yang harus dilalui untuk ke suatu2 tempat...yang tak best nya cuma sebab aku takde lesen lagi (bosan)...

Kuantan zaman aku membesar, KFC kat jalan besar, dekat juga dengan bus stand lama benteng...McD dekat Kuantan Plaza...Pizza Hut dekat Kuantan Parade...A&W atas Ocean (masa tu)...aku tuisyen kat Belwin lepak Nasi Lemak Simple tepi Kuantan Plaza tu...breakfast on weekend kat Restoran Zaman atau Nasi Minyak Tanjung Api...petang2 jogging kat taman bandar...dulu Kuantan mana la ada the chicken rice shop la, johnny's la...pape lagi laa...so memang aku tak reti dan tak biasa makan kat tempat macam tu...even sampai sekarang pun...tapi kalau orang nak cakap aku ketinggalan pun no big deal la...aku memang suka makan tapi membazir je kalau bayar mahal tapi tak sedap mana pun...baik g makan ikan bakar dengan tomyam kat tanjung lumpur lagi best...bukan setakat kenyang, boleh jadi boncet lg...

Kuantan sekarang dah maju...budak2 dari bukit kuin dah boleh pakai MNG ori...haha...aku kat JB ni setakat MNG Esprit Topshop Guess SubZero punya outlet dalam Jusco tu less than 10 minutes je kot dengan rumah aku...sikit aku takde nak excited beli semua tu...ape la sangat rupa paras cantik kalau otak tak cantik...and bagi aku, biar la aku beli semua tu masa aku dah keje nanti...baru la layak nak beria2 dengan hasil titik peluh sendiri...

Kuantan yang paling best adalah TC (teluk Chempedak)...sumpah tak jemu...air masih lagi kebiruan...aku rasa next time memang nak mandi pantai sini la...kat JB memang mimpi la...air pun bau hanyir!memang kesian kat Selat kat sini...



kuantan ni bukan lah luas sangat...memang places of interest tak banyak...but who cares?cukuplah dengan aman damai udara segar...facilities cukup...sesuai untuk anak2 membesar...living cost pun tak tinggi sangat...dari satu tempat nak ke tempat lain pun tak jauh...orang kuantan pun mesra2 je semua...heheheee :)

semuanya credit to MPK (majlis perbandaran kuantan) sebab take care bandar n jaga landscape memang cantik...

aku sayang sangat kat kuantan...memang rasa nak settle down kat sini...kena cari suami orang kuantan la, senang nanti balik raya tak payah berebut, macam mak ayah aku! ;)

merentasi sempadan

cuti sem kali ni memang cuti sakan laa aku...banyak betul aku berjalan...dalam 2 bulan aku cuti sem kali ni, 4 weekend memang takde kat umah...memang puas ati laa...

dari amek jubah untuk konvo, pastu konvo, sepupu tunang + aqiqah anak saudara sepupu, pastu reunion n last sekali sepupu aku kawen...

JB - Shah Alam - JB - Shah Alam - Pekan - Kuantan - Pekan - JB - Kuantan - JB - Pekan - Kuantan - Kuala Terengganu - Kuantan - Pekan - JB

hahahahahahaaa memang terbaik la!pulak tu berjalan dengan family, all expenses are paid...tak payah keluar duit...i loikeeee very very much...heheheee...

betul la kata orang...jauh perjalanan luas pemandangan...tapi pemandangan aku luas biasa2 je sebab macam biasa la kan, aku tido je masa on the way...ahahahahaaa...

it is already more than 5 years now that my family and i had lived here in JB...masa ke Terengganu dan Kuantan baru2 ni memang macam orang jakon la...makanan murah2...paling best haruslah part sata dan otak2...tapi sata dan otak2 kijal macam mengecewakan sikit laa...standard la 3ketul RM1 tapi isinya alahai...sekali ngap je...nasib baik sedap!kalau macam tu better makan kat tanjung lumpur je kot...kalau kat JB, air kelapa fresh dalam buah tu boleh jadi RM4.50 tapi kat Tanjung Lumpur tu tambah 50sen boleh dapat 2 biji kelapa dah!

kat terengganu memang best la...murah...makanan mewah...tak perlu kua duit banyak nak makan sedap2...untuk aku yang anak jati pantai timur memang suka makan ikan...breakfast makan nasi lemak ikan dalam daun pisang, 70sen!pergi makan malam kat gerai, air buah RM1 segelas!owh nikmatnya la...memang jakon abes aku rasa masa kat sana...

dan seperti biasa kalau kat Kuantan, mesti ambil kesempatan makan ABC + mee + roti & sup ayam kat traffic light simpang tiga pasar malam hari sabtu kat bandar tu...panjang nya nama sebab tak tau exact name for the road...hohoi fluffy bread celup sup ayam tu memang terbaik lah!tak jumpa kat tempat lain...dah more than 20 years kot...tinggal jalan2 cari makan je tak datang letak plaque...ahahahaaa...

so pasni sape2 nak turun kuantan or ada nak datang JB, roger2 la aku...aku tunjuk jalan n tempat makan yang best2! :)

Wednesday, June 16, 2010

the truth about reunion

reunion : aku tak suka.tak minat.tak berkenan.sebab aku rasa I have nothing much to be shared with my all friends masa jumpa nanti...lagi aku rasa yang aku bukan rapat sangat dengan ex classmates n ex schoolmates aku semua...cuma ada beberapa orang je yang aku rasa betul2 rapat n dekat di hati...



12/06/10 : reunion sekolah rendah



pada mulanya kitorang connected kat facebook...it is more than 10 years now and everybody were like 'jom reunion!' but none of them was really planning or organizing towards it...dan aku dengan geramnya mencadangkan 1 tarikh...aku takde rasa nak pergi pun, tp kawan2 pujuk and aku pun turun kuantan semata2 untuk reunion ni...



pagi sabtu tu berkumpul kat sekolah...masa aku sampai, takde orang lagi...lama gila tunggu baru ramai yang sampai...dahlaa lapar gila...pastu aku bengang je dengan budak2 yang sampai lambat n then bebel2 'weyh jom ah,lapar ni!'...wt*?kitorang yang datang awal2 lagi lapar, ko la yang membebel2...



kat sekolah cuma tawaf2 kawasan & amek gambar...ni antara gambar masa kat sekolah...semangat gila budak yang order banner ni...semua orang sign pastu amek gambar...





sangat lah style gambar ni ( aku rasa laa )



meriah gila kan?




lepas tu konvoi pergi lunch dekat mcD Teluk Chempedak...lepas makan, ada bincang2 sikit...masa tu aku dalam keadaan kenyang...lepas tu angin pantai bertiup2...pergh!mengantok giler nak mampus...aku tak amek port pon dorang bincang ape...aku ikot je suara majoriti...end of discussion yang aku tau, yuran alumni RM50 per year, next trip g pulau and aku jadi timbalan pengerusi...owh! (-_-)


perasan tak yang gambar ni memang senget, pastu dorang yang belah kiri pun sengetkan badan pastu nampak macam balance...hahaha... ;)

lepas lunch kat TC, kitorang pergi megamall pulak...dorang semua main bowling kecuali aku...kenapa aku tak main?sebab aku looser...tak reti main...takde maknanya aku nak membazir duit kalau setakat nak tengok bola tu masuk longkang...so aku jadi tukang amek gambar je masa tu...

masa kat bowling tu sangat meriah...ada yang sengaja je kacau member main so that masuk longkang laa, pin jatuh sikit laa...siap ada video lagi aku rekod and sangat sangat lah kelakar!

aku tengah nak belajar pasal dslr...i'm officially now in love with it!

lepas tu kitorang minum petang kat coffee street...aku macam dah lapar gila...orang lain semua minum air je...aku order sandwich!hahaha...sandwich 1 set tapi aku makan half...another half budak2 lain yang makan...

lepas tu, dinner dekat ana ikan bakar petai, tanjung lumpur...mak aihhh orang ramai giler tak muat...tapi sebab dah book n order menu so kitorang stay jelaaa...standard laa weekend night kan...tapi seriously memang lama gila tunggu makanan sampai...sampai pulak sikit2...mula2 tomyam semangkuk dengan kailan ikan masin...lama2 baru yang lain2 sampai...tu pun tak cukup...tomyam 1 mangkuk besar nak share dengan 15 orang...nasib baik ikan bakar order 3 ekor...ada sorang member aku dengan sengalnya boleh cakap "kesian kat aku, tak dapat kuah, makan kuah ni jelah (sambil merujuk pada air asam ikan bakar) "...last2 aku makan sikit je sebab perut aku makin mengecil sebab  banyak ketawa...

bila balik rumah malam tu, aku lapar...bangang kan?sebab makan tak banyak pun...esoknya bas aku balik 5pm...dorang anta aku kat terminal n konvoi ramai2 balik KL...

after this one special saturday, i've changed my mind about reunion...sebenarnya reunion sangatlah seronok!macam dalam kisah aku ni, reunion sekolah rendah!semuanya kenal dan berkawan tanpa sebab atau alasan...dalam erti kata yang lebih mudah, ikhlas...bila umur meningkat naik, kita pun akan accomplished macam2 dalam hidup dan kadang2 memang susah nak bezakan sama ada orang di sekeliling kita ni betul2 ikhlas berkawan atau ada sebab2 tertentu, sebab tu dorang datang dekat...

yang paling istimewa pasal reunion ni sebab masing2 boleh flashback balik moment2 masa sekolah dulu...betapa nakal, sengal, carefree, no burden and no worries nya kita masa tu...memang sangat sangat sangat lah kelakar...sampai kan lepas daripada reunion tu, aku ada je ketawa sorang2 bila teringat cerita2 yang dorang flashback...masa on the way balik JB pun aku tak tido sangat, sebab ada je teringat cerita2 kelakar tu...nasib baik laa seat dalam bas tu aku duduk sorang2...kalau tak mesti orang sebelah ingat aku ni gila...

by now, semua orang pun masih gembira dengan cerita2 masa reunion...komen gambar dekat facebook tak payah cakap lah, memang bertubi2...dan aku tau, semua orang pun sangat sangat looking forward for our next reunion, that was planned to be held once every year (at least, i think! )...

Tuesday, June 8, 2010

konvokasi

perkataan sebenarnya konvokesyen kan?aku pun tak paham nape aku suka sebut konvokasi...hehe...

khamis minggu lepas 27/5 berlangsunglah istiadat konvokesyen kali ke 72, aku punya sidang ke 13...mula2 tu taktau la nak cakap nervous ke ape...tapi macam kinda lost jugak sebab aku sorang2, tak g rehearsel pulak tu...tapi kata orang, malu bertanya sesat jalan...so aku try tanya2 benda yang aku taktau kat member2 yang dah konvo...budak yang Q belakang aku pun menjadi mangsa...budak nya pun baik, nama amira jugak...bila dia tengok aku (syok sendiri) amek gambar sendiri, dia pun offer nak tolong amekkan gambar...tq ye!heheheee.. :)

masa kat dalam tu memang terasa sangat...ni la masa yang aku tunggu2....usaha aku selama 4 tahun...inilah hasilnya...biarlah apa orang nak cakap...segala perit tu aku yang lalui and aku survive...tu yang paling membanggakan...

semua ni atas sokongan mak ayah...financially teruatamanya...kalau tak, memang aku tak boleh habiskan diploma ni...dari segi emotionally support, memang dia dan kawan2 paling banyak membantu...dia yang paling banyak bagi nasihat n tenangkan aku ketika aku menangis dan hampir berputus asa...pada dia aku mengadu kata2 dari mulut orang yang tak pernah faham...yang mungkin juga tak belajar kat U n tak faham pun sistem dan corak pembelajaran di IPT tapi mengata aku itu ini macam aku ni bodoh sangat...tapi ada juga yang faham dan cakap 'akaun memang susah pun...'...walaupun ayat tu cuma sebaris tapi sangat bermakna bagi aku...memang sangat bersyukur dapat dia dalam hidup aku...walaupun kos dia lebih mudah berbanding kos aku, dia masih boleh paham n terus2 memberi aku sokongan dan dorongan...kawan yang paham biasanya kawan2 yang satu kos...walaupun dorang grad on time n smabung b.acc, still boleh paham keadaan aku n bertanya keadaan aku, belajar macam mana, ok ke dan lain2...yang ni paling menyentuh hati sebab walaupun di saat2 sukar, aku tau bahwa kawan yang ikhlas tu sentiasa ada memberi sokongan walaupun mereka jauh... :)

awal2 lagi memang dia cakap nak datang aku punya konvo...aku tak harap pun dia datang sebab aku tau our whole situation macam mana...dan masa konvo tu sah2la ada parents aku n aku tak kisah dia tak datang kalau dia belum bersedia...

cuti sem kali ni dia bekerja seperti cuti sem sebelum ni and dia mintak cuti awal2 sebab nak g konvo aku (terharu weyh) ...nasib baik konvo aku jatuh on weekdays sebab kalau weekend memang dia takleh cuti laa...

ni antara gambar2 konvo...banyak2 lagi aku dah upload kt fb...tengoklah betapa happynya aku! :)


keperluan (aku) untuk travel :)

agak poyo la post kali ni sebab bunyi nya macam aku selalu sangat travel...kebetulan je cuti sem kali ni almost every weekend ada je keluar daerah...paling2 tidak pun ada kenduri kawen kat daerah sebelah...

so, untuk aku, ada beberapa perkara penting yang aku perlu bawak kalau travel...tak kisah naik bas atau kereta, keperluannya sama sahaja...n keperluan aku mungkin lain daripada orang lain...well, what can i say....i am unique... wakakakakakakkakakkk~

1) mp3 player
sangat perlu untuk mematikan kebosanan...kalau dalam kereta memang la ada radio tapi bila kita travel kan frequency nya berubah ubah...cd ada tapi....

2) stokin & sweater
haha pelik kan?benda ni kalau aku balik jb dari segamat pun aku kena bawak...aku memang tak tahan duk dalam air-cond yang sangat sejuk...even kt kelas pun macam tu...tapinya pernah je aku terlupa nak bawak bila nak balik...(-_-)

3) kuku panjang
ini perlu kalau travel sendiri, bukan dengan family atau kawan2...ni semua pengaruh CSI la ni...sebab if anything happen, kalau kita kena serang atau kacau ke, kita boleh guna kuku untuk scratch any part of the attacker (kat kulit la of course) and kalau takdir kita mati pun, insyaAllah dengan DNA yang terselit kat celah kuku kita tu akan lead pada penjenayah tersebut...

4) cash in hand
nampak macam perkara kecik tapi ini la perkara paling asas...memang dalam akaun ada banyak duit tapi mesti draw n be prepared, especially bila travel sorang2...dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan kenderaan awam, memang kena sediakan wang secukupnya, terutamanya wang kecil...

ini antara keperluan untuk aku...taktau la keperluan untuk korang...perkara2 lain seperti toiletries n pakaian yang cukup tu semua basic, tak perlu nak bagi tau, kan?

akhir kata, bon voyage! :)

Sunday, May 16, 2010

there she goes

amalina dah pun selamat mendaftar di matriks n9...by the time aku siap publish post ni, dia dah habis orientasi dah pun...

keputusan SPM yang cemerlang melayakkan amalina untuk apply and study any courses she wanted to...just pick any of the courses she desired and register...

amalina dapat both offers from matrix and UPU...before dapat any of those offers, dia ada cakap nak sambung akaun...sah2la nanti dia dapat Segamat!owh malunya!saudara mara pun mengalami kesukaran nak bezakan aku dengan dia...ini pulak lecturers nanti!!!undeniably dia akan skor...dean's list dalam tangan...kakak ambil masa 4 tahun buat DIA tapi dia boleh dapat ANC!

but above of all, I do welcome her with my warmest heart...honestly I'll give any guidance she needs and warn her any necessary things, based on my experiences so that she will not do the same mistake as what I've done...

and when the results for matriculation intake had came out, she was offered physical science at Kuala Pilah Matriculation College and later on she decided to go there...when UPU results came out, it turned out that she was offered DIA in UiTM Shah Alam which means it is fast track course!oh double looser me!

but after all, she is my one and only sister, I'm praying the best for her and hoping this journey will make her stronger and more mature to overcome any upcoming obstacles and I'm always here if u need anything...

xoxo

saya mintak maaf sebab tolak pinangan tuan hamba...saya belum bersedia!

amacam post's tittle?macam best kan?haha!!!



it's been about 10 days now since i'm back in Johor Bahru for my semester break...and since my sister had registered to Negeri Sembilan Matriculation College, i am now in charge for all the house chores...being a housewife is not easy, though...



banyak keje nak kena buat...dari pagi sampai malam sentiasa ada keje...pagi2 bangun sidai kain, pastu lipat la mane2 yg ada...pastu kena masak untuk lunch...pastu lepas makan kena basuh pinggan...petang lipat kain...malam makan n basuh pinggan lagi n rendam kain...begitulah setiap hari...macam senang kan?keje2 ni semua yang basic je and takla berat mana...tapi ada beberapa faktor yang membuatkan ia sangat memenatkan...



kalau yang tinggal dalam rumah tu ada lebih dari 5 orang tapi yang buat keje si bibik sorang...memang penat la..lepas tu benda remeh temeh pun nak kena buat...padahal isi rumah yang lain2 tu semua dah besar gajah...kalau makan boleh tinggal je pinggan kotor kat atas meja...pastu bibik kena la kutip n bawak ke sinki...kalau pinggan bawak ke sinki pun, sisa biar je dalam tu, takde effort pun nak buang terus dalam tong sampah...bibik jugak yang kena buang n if dah termasuk dalam sinki, bibik la yang pegang sisa2 yang orang lain maybe geli nak pegang n buang dalam tong sampah...



bab baju pulak...orang laki ni kan ada yang jenis tak pakai baju kalau duk kat umah...so, bila tengah pakai baju n rasa nak bukak, bukak je kat situ n lepek baju dekat mane2 tempat yang rasa nak lepek...pastu si bibik yang nak rendam baju nak basuh ni pun wondering lah 'ni baju kotor ke bersih?'...satu kerja pulak nak kena cium baju tu,wangi ke or bau peluh?oh2 kalau bibik yang buat macam ni nampak macam dia sangap kat majikan dia la pulak kn? (-_-)



bila nak masak nak kena pikir 'arini mau masak lauk apa ya?' hari2 nak kena pikir....lepas tu dah masak pikir 'sedap nggak apa yang ku masak arini ya buk?bisa dimakan?'...nampak masak macam senang kan?campak2 je siap...cuba g masak untuk 6 orang..ok tak, for beginner try 4..eh ramai jugak tu...ok 2 orang la...hah tak payah masak yang macam2...buat nasi goreng je...hah lenguh kan nak kacau nasi dan tumisan tadi supaya rata sebati...



aku rasa part yang paling kesian bila bibik tak makan pun, tapi dia jugak yang kena basuh pinggan...padahal dari potong sayur n goreng ayam dia dah buat semua...memang penat jadi bibik...but they'll get paid...that's one thing for sure...



lain orang akan mentafsir post aku kali ini dengan cara yang berbeza...mungkin ramai yang yang rasa aku merungut...sekarang ni, at this point, cuba fikir...kita ada berapa orang adik beradik? bayangkan parents kita especially mak yang dah banyak sangat buat semua ni untuk membesarkan kita...tak termasuk kerja2 kat ofis lagi...dari kita lahir dah la suka nangis tengah2 malam...nama je baby tapi malam pun tau nak lapar (padahal taktau pun timing masa tu malam ke siang)...pastu dengan kerja umah lg semua...bila mak takde mood nak masak beria, dia goreng je nasi semlam yang ada...tapi bayangkan dah berapa kali dia lenguh tangan nak menyediakan semuanya untuk kita, supaya kita membesar sempurna...tapi bila anak2 dah besar jadi pemalas pulak...betapa kita tak fikir semua ni...



yang ada kedua2 ibu bapa, alhamdulillah...yang mungkin hidup dengan salah seorang ibu atau bapa sahaja, cuba pikir betapa berat mereka menggalas tugas untuk 2 orang tapi sempurnakan tugasan2 tersebut seorang diri...



buat masa sekarang tak ada apa yang mampu aku bagi untuk balas jasa mereka...dan memang aku pernah cakap, bagi la segunung emas pun kita takkan mampu nak balas jasa mereka...apa yang aku cerita ni benda yang kita boleh nampak, boleh pikir dengan akal kita...tapi mungkin tak,ada ketika saat mereka sangat susah hendak membesarkan kita, mungkin kena tebalkan muka pergi pinjam duit dengan sedara mara, atau pajak gadai harta yang ada, sebab nak sara pembelajaran kita?pernah tak kita terfikir semua tu?walau seperit mana pun situasi yang mak ayah kita alami, takkan sedikit pun mereka cerita kat kita...kalau mereka nak, mereka boleh je cerita segala penat lelah, keluh kesah masa membesarkan kita...tapi mereka tak pernah cerita semua tu...sebab apa?sebab mereka taknak kita susah hati...mereka taknak kita risau...apa yang mereka nak cuma kita belajar bersungguh2 dan kerja yang elok2...bukan untuk mereka tapi untuk diri kita sendiri...mereka tak harap pun dapat certain percent of our salary tu nanti...mereka cuma nak kita hidup baik2 saja bila mereka dah takde nanti...



tapi kita buat apa?kita pergi belajar jauh2, lepas tu sewa kereta and overnight...pastu accident...mak ayah tak pernah nak buat kita susah hati tapi kita?suka2 je buat tak pikir perasaan mereka...



kepada yang masih ada kedua ibu bapa,bersyukur dan hargai setiap detik yang ada...kita memang selalu tak setuju dengan mereka tapi ingatlah, kita ni timun n mereka tu durian, kita ni takde hak nak pertikai ape yang mereka buat atau larang kita dari buat ape yang kita nak...



buat masa sekarang aku buat apa yang termampu...sebab tu penat mana kerja rumah, aku buat...sebab aku cuma nak mereka senang hati...nak bg result exam yang bagus2 macam hampeh je, so buat la ape yang terdaya...



satu situasi yang aku nak korang cuba bayangkan...parents kita keluar bekerja mencari rezeki nak bagi kita makan, pakai and on9 macam yang kita buat hari2...paling awal balik rumah pun dalam 5.30 pm kot...bila sampai rumah tengok rumah bersepah macam ada orang pecah masuk...tengok dapur kotor macam ada kucing baru lepas makan...kita tengah baring2 sambil goyang kaki depan tv...cuba pikir ape mereka rasa?



ape yang kita boleh n memang patut buat adalah sediakan umah dalam keadaan yang sedap mata memandang...bila mereka sampai, buka kan pintu...ni bukan tugas isteri untuk suami je, tapi tugas kita sebagai anak2 kepada ibu bapa jugak...ni tak, dahla mereka balik penat2...pastu bawak barang2 lagi...terkial2 nak bukak pintu...kita boleh rilex je terkekeh2 tersengeh2 depan tv...



ok enough...panjang sangat post macam la aku sendiri ni baik sangat...entah2 aku yang sewa kereta and accident tu kot?
(-_-')