Showing posts with label life as a student. Show all posts
Showing posts with label life as a student. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Bukan aku tak rindu ♥

aku ni belajar kat sekolah berasrama since form one...sempat lah dua tahun...sebab ayah aku kena pindah tempat kerja, aku pun tukar masuk sekolah biasa je, kat Kuantan...tapikan, sekolah tulah yang paling memberi kesan...

aku anak sulung...masa sebelum masuk hostel tu, taksangka pulak macam tu perasaannya hidup sendiri...dalam sekelip mata je, mak ayah tinggal aku kat jerantut tuh...dan masa tulah aku kenal apa itu homesick...

seminggu aku kat sana, tak sekalipun aku call rumah...aku tak call sebab aku tau gagang public phone tu akan basah dek kerana air mata aku...so, selagi aku boleh tahan, aku tahan...

rupa rupanya mak aku risau...pengalaman anak pertama pulak yang duk asrama...cukup ke semua barang yang dibekalkan?ok ke kat sana?cukup makan tak?sebenarnya ada benda tak cukup...kain dalam...HAHAHA

seingat aku, sepanjang kat asrama, paling kerap pun seminggu sekali aku call rumah...bukan apa, takut perasaan ni luruh macam tu je bila dengar suara mak di hujung talian...kalau call mak cakap nak outing, mesti lah mak tak galakkan...so takyah call mak...memang anak yang hampeh...

sampai sekarang dah tua ni pun aku masih homesick lagi...kalau naik cuti sem lepas lama duk rumah, memang terasa jugaklah...walau bosan camane pon kat umah tetap rasa rindu...tapi kesibukan hidup kat kampus ni memenuhi masa so taklah teringat sangat kat rumah...

dan aku masih macam dulu...jarang call rumah...bila ada benda penting baru aku call...perangai lagi buruk bila takde duit baru sms ayah...memang teruk kan?but the best part about my dad is dia pandai sms ok!sejak pakai hp qwerty lagi lah...reply ok tp taip oooooooookkkkkkkkkkk...haha...time dia ada masa, selagi kita hantar sms, selagi tu dia boleh reply...tapi kalau dia tengah bz atau tak alert dengan phone, call lah berapa kali pun memang tak berangkat...

adik aku dekat pilah gigih je contact mak ayah aku...aku rasa everytime dia ada test ke, nak outing ke, dia akan bagitau...adik aku yang kat mersing pun sama...siap mak aku bekalkan syiling, senang nak call...tapi aku pakai hp pun jarang nak contact rumah...kalau ada hal pun, aku misscall je, sampaikan bila mak aku call balik, dia cakap 'hello addin (adik bongsu aku)' sebab perli, addin je yang biasa misscall dia...HAHAHA

tapi semua tu bukan bermakna aku tak rindu...rindu sebenarnya, sungguh aku rindu...cuma sengaja taknak terbawa bawa dengan perasaan tu...banyak tanggungjawab kat sini...kalau asyik melayan perasaan, sampai bila pun kerja tak siap...

belajar degree lagilah bz...kalau diploma tu rilek je balik rumah every week...tapi bila dah degree ni takdapat laa...weekend kalau tak bz dengan assignment pun sibuk dengan modul lah, test lah...so konsep aku senang je, kalau ada weekend yang takde hal, memang aku akan balik...JB okey...balik JB pun tak berkesempatan macam mana nak lepak KL atau Melaka...

gambar dusta semata...last pergi KL, februari...dengan mak, ayah n abang naim...ok, next time pergi KL dari segamat memang nak naik bas ni sebab bas ni baru, nampak gagah perkasa gitu!HAHAHA

Friday, April 1, 2011

Speaking Arab ( Part 1 )

sem ni merupakan sem ketiga aku amek bahasa arab sebagai bahasa ketiga...aku rasa bahasa arab yang belajar kat U ni lagi senang tapi on-going assessment dia tu yang susah...ada ejaan, speaking test, reading test, listening test, written test, lepas tu video pulak...sebab subjek ni takde final exam...

hari ni Jumaat 3 petang aku ada test speaking...ustazah memang dah inform, nanti setiap pelajar akan diberikan gambar, lepas tu kita kena cakap lima ayat berkaitan gambar tersebut...ustazah dah suruh prepare untuk gambar peperiksaan, konvokesyen dengan bank...memang tiga topik ni la seingat aku...so aku pun reka lah ayat, cedok cedok dalam buku teks...

sampai masa petang Jumaat, aku pun terkedek kedek la pergi bilik ustazah...masa aku sampai, dah ada orang kat dalam...almaklumlah nama aku mula huruf A so cuak lah jugak kalau giliran aku yang pertama...rupa rupanya ustazah pilih nama gilir gilir ikot senarai, nama yang kat bawah lepas tu atas, so nasib lah siapa yang kena...

dalam masa menunggu giliran, tersedak sedak la aku menghafal lima ayat untuk setiap gambar tu...aku dalam hati sebenarnya berharap dapat tajuk peperiksaan...sebab aku rasa senang...lama lepas tu, dekat kul4 jugak la aku punya turn...bila aku masuk bilik ustazah, atas meja ada gambar bank!ah sudah...apa ayat aku hafal tadi?ke gambar tu orang sebelum aku yang punya tak?

bila aku duduk, ustazah selak kertas tu dan tukar gambar lain...aku dapat pejabat pos!terbaik la, aku tak ready pun kot!tapi sementara nak cakap ayat tu, ustazah bagi aku masa suruh pk dulu, dia nak wat call kejap...ok, fikir miera fikir!dalam masa ustazah tengah cakap dalam phone tu sempat aku skodeng sket aku punya teks pasal bank...ok, try tukar sikit...

bila ustazah dah habis cakap phone, aku sempat tanya, kalau tak boleh jawab, boleh tukar gambar tak?ustazah cakap tak boleh...oh, ok T__________T

baiklah, mari kita cuba...
  • ini pejabat pos (ayat budak darjah satu)
  • ahmad pergi ke pejabat pos dengan kereta
  • di pejabat pos, ahmad menunggu giliran
  • selepas itu, ahmad pergi ke kaunter

nak masuk ayat kelima, aku blurr dah...nak cakap ape? setem ke parcel ke semua aku tak ingat, langsung!nasib masa awal awal tadi kawan aku ulang ayat dia, dia dapat gambar bank, cakap bank dekat dengan kedai ke blablabla...sebat jela weyhhh!


  • pejabat pos di segamat dekat dengan bank
    -_________-'

haha hentam ajelah, dah blurr sangat dah...petang petang camni time aku tido je, haha...tapi rasa rasa empat ayat yang atas tu macam boleh diterima, kira lulus laaa...huhuhu...


alhamdulillah satu test dah lega, skang ni kena pening kepala pikir kan pasal video pulak...ada sesiapa nak tolong buatkan skrip untuk 15 minit punya duration?haha...